Tuesday, January 31, 2012

Tingginya Sifat Kasih Sayang Rasulullah

Assalamualaikum.. Salam Maulidurrasul.. Moga Kecintaan kita kepada Muhammad S.A.W akan sentiasa bercambah dari hari kesehari..Kita sentiasa mengakui bahawa kita merindui akan Baginda tetapi sejauhmana bukti kerinduan kita itu? Hari ini blogalaan bawakan antara bukti-bukti betapa Rasulullah mempunyai sifat kasih sayang yang amat tinggi..

Monday, January 30, 2012

Hormati Perbezaan Pendapat


Ramai dikalangan manusia yang tidak mampu berlapang dada menerima pendapat manusia lain walaupun dia mempunyai pendapat sendiri, tidak kira dalam pelbagai urusan.

Peniaga dengan cara peniaga, agamawan dengan cara agamawan.

Kadang-kadang perbezaan sampai kepada perkara usul aqidah, ini bahaya.

Perbezaan pendapat sangat baik, kerana ia mencetuskan idea yang berlainan, cara fikir yang berbeza, pengetahuan yang meluas, menentukan jati diri seseorang.

[TEASER] Doa Dhuha

Nantikan kemunculan Official Klip UNIC - Doa Dhuha

Kejayaan Adalah Milik Orang Optimis


KEJAYAAN adalah milik orang-orang yang optimis. Kita harus selalu optimis dalam meniti kehidupan ini. Jika kita mahu berusaha, betapa pun sukarnya halangan dan cabaran pasti ada jalan keluarnya. Ibarat air yang selalu mencari aliran meskipun di sana sini dibendung serta disekat. Kita harus belajar dari sifat air!

Mari kita ambil iktibar dari air. Salah satu sifat utama air ialah selalu dan tetap mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Jikapun kita cuba sekat aliran itu, pasti air itu berputar-putar mencari aliran. Waima sawang sekecil jarum sekalipun, air tetap manfaatkan untuk laluan aliran. Maka dengan sifat itu, tempat terpencil pun dapat diterokanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...