Thursday, June 23, 2011

Tika ALlah Mencintai HambaNYA


Assalamualaikum..Ada dua cinta yang hakiki dan tidak pernah luntur, iaitu cinta Allah kepada hambaNya dan cinta ibu terhadap anaknya. Namun kedua-duanya memiliki nilai yang berbeza..

Cinta ALlah adalah cinta yang tidak terbatas. Cinta ALlah tidak dapat disamakan dengan cinta dan kasih sayang sesiapa pun.

Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.( 156 [7] : سورة الأعراف)

Rasulullah S.A.W memberi gambaran tentang kasih sayang ALlah dimana jika diberi jumlah 100, 99 akan disimpan dan 1 itu akan dibahagikan. Jumlah satu itu sudah mencukupi untuk setiap makhluk ALlah di muka bumi ini. Betapa luasnya kasih sayang ALlah S.W.T. Disertakan juga bukti-bukti besar bagaimana ALlah S.W.T mencintai hamba-hambaNYA..


  1. Diturunkan Al-Quran
    ALlah mewahyukan Al-Quran kepada Rasulullah S.A.W sebagai panduan kepada Ummat manusia agar kita tidak sesat dalam menjalani kehidupan dimuka bumi seterusnya mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman ALlah : Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; ( 2 [2]: سورة البقرة)

    Dr. Quraish Shibab menyatakan ada 3 perkara yang terkandung di dalam Al-Quran
    - AKIDAH
    - AKHLAK
    - SYARIAT & HUKUM
  2. Mengutuskan Para Nabi & Rasul
    Secara fitrahnya setiap manusia di muka bumi ALlah ini memerlukan teladan dan ikutan supaya boleh dijadikan sebagai rujukan. Atas sebab inilah ALlah mengutuskan para rasul di kalangan manusia. Firman ALlah di dalam surah An-Aam ayat 48 : Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.

    ALlah tidak membiarkan manusia hidup "bersendirian" maka ALlah utuskan "teman terbaik" untuk menemani manusia ke jalan kebahagiaan dan mengenalkan manusia kepada ALlah S.W.T.. Justeru para nabi dan rasul ini dijadikan model panduan kepada manusia.
  3. Diciptakan Alam Semesta
    Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah : [2] 29)

    ALlah menciptakan langit dan bumi yang cukup lengkap kepada manusia. Segala yang ada di alam semesta ini diciptakan agar di manfaatkan oleh manusia. Rantaian makanan, aliran siang dan malam, perubahan musim, segalanya ini bukti bahawa ALlah sangat menyayangi hambaNYA.
  4. Keampunan Dari ALlah
    Tidak kira sebesar manapun dosa manusia, ALlah S.W.T pasti mengampunkanya jika mereka benar² taubat. Janji ALlah di dalam Al-Quran : Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya). (Hud : [11] 3)

    ALlah sentiasa membukan tanganNya kepada hamba²Nya yang ingin bertaubat.  Sabda Rasulullah S.A.W "Allah membuka tanganNya di malam hari agar orang yang berbuat keburukan di siang hari bertaubat, dan membuka tangan-Nya di siang hari agar orang yang berbuat keburukan di malam hari bertaubat. (Ini akan terus berlaku) hingga matahari terbit dari arah Barat (HR Muslim)

    ALlah Maha Pengampun, sekiranya manusia membawa dosa sepenuh isi bumi sekalipun ALlah pasti mengampunkan dosa²nya. “Wahai manusia, sekiranya kamu datang kepada-Ku dengan membawa dosa seisi bumi kemudian kamu bertemu Aku dengan dalam kedaan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, niscaya Aku datang kepadamu dengan membawa ampunan seisi bumi pula,” hadis qudsi yang diriwayatkan Imam Tirmidzi.


Terdapat banyak lagi bukti cinta ALlah kepada hambaNya. Moga apa yang disampaikan ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita betapa ALlah itu kasih dan menyayangi setiap hamba²NYA yang beriman kepadaNYA. Wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...