Friday, February 5, 2016

The RIK15 Hasilkan Dokumentari Yang Mengisahkan Gelandangan



Sering kali kita memandang serong terhadap golongan gelandangan. Disebabkan sifat seolah-olah tidak menerima golongan seperti mereka maka mereka hidup dengan cara mereka sendiri. Di persisiran lorong-lorong jalanan atau jejantas tertentu di kota metropolitan yang gah dan besar seperti Kuala Lumpur, di situlah tempat menghuninya kebanyakan golongan gelandangan.
 
Namun,  disekitar ceruk Bukit Bintang dan Berjaya Times Square pula, tidak ramai yang menyedari kewujudan satu puak gelandangan sub-culture. Mereka tidak begitu menonjolkan diri serta tidak pernah diperkatakan mana-mana pihak tetapi pengaruh kehadiran mereka di sekitarkawasan itu tetap dirasai.
 
Dengan membawakan konsep ‘Brotherhood’ yang mana melindungi antara satu sama lain, mereka lebih selesa bergerak dalam sebuah kumpulan, menikmati sisa makanan orang bersama-sama, istilah takut sama sekali tidak pernah wujud di dalam kamus hidup mereka. Tidur mereka hanya beralaskan kotak yang dileperkan atau suratkhabar  yang dibentang panjang.  Walau bagaimana pun tidur mereka tetap nyenyak. Apa yang mereka harapkan, hanyalah esok hari baru yang tidak menjanjikan apa-apa.
 
Kewujudan puak gelandangan sub-culture ini membangkitkan rasa ingin tahu. Bagaimana agaknya mereka mampu wujud di dalam sebuah negara yang berteraskan demokrasi terpimpin serta Islam sebagai agama rasminya? Mengapa mereka berpaksikan semangat dan budaya tersebut? Inilah persoalan yang cuba diangkat, dibangkitkan serta dipaparkan sekumpulan pengamal industri kreatif yang menggelarkan diri mereka sebagai Revolusi Industri Kreatif  (#TheRIK15) . Mereka telah membuat sebuah projek dokumentari khas yang berjudul THE REJECTION (#therejection).
 
Selain memaparkan kesan Post modernism dalam  multiculturalism ke atas pembangunan masyarakat dengan mengambil kira dari sisi gelandangan dan budaya punk sebagai bahan kes , dokumentari ini turut menyelinap perasaan sebenar mereka dan tindak balas terhadap masyarakat dan juga pesekitaran.
Dokumentari ini bakal menjawab persoalan segelintir masyarakat yang agak pasif terhadap komuniti ini.
 
Khabarnya The Rejection akan mengadakan tayang perdana pada 24 Februari 2016. Mahu sekali melihat hasil dokumentari ini yang membariskan nama-nama besar seperti Raja Mukhriz, Pekin Ibrahim, Tomok, Zahid (AF), Haziq (AF), Adiba Yunus, Maulana (AF), Kautsar (Alam Band), Akma (AF), Laika (AF), Aril (AF)  Ristoe (New Boyz) dan Achap (Pretty Ugly).

Sumber : Erafm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...