Monday, August 15, 2011

10 Jenis Kurma Popular

Assalamualaikum.. Selalunya bila dekat nak Ramadhan je mesti kita dengar gadis berbisik "Yusoof Taiyoob.." Adui..Bikin meremang bulu roma.. Lilek² bukan tu yang cuba kusampaikan, yang sebenarnya ade 1400 jenis kurma di atas muka bumi ni..(Yusof Taiyoob ni bukan jenis okeh!!) Okeh, alan nak tunjukkan 10 jenis kurma paling popular kat korunk :




1. KURMA NABI / AJWA
Kurma ini hanya tumbuh di tanah Madinah (Saudi Arabia) dan inilah kurma kesukaan Nabi Muhammad SAW. Warnanya hitam, tekstur lembut, tidak manis dan citarasanya hampir mirip seperti kismis.
2. KURMA SEKKI
Kurma Sekki ini mempunyai dua warna. Bahagian atasnya berwarna kekuning-kuningan dan bahagian bawahnya berwana coklat. Bahagian berwarna kuning lebih keras sedikit berbanding bahagian coklat yang lebih empuk dan kenyal. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak tawar.
3. KURMA BARHI
Kurma barhi yang bertekstur lembut seperti durian ini berwarna coklat merah. Rasa manisnya sedang-sedang sahaja dan ada sedikit rasa caramel.

4. KURMA KHOLAS
Kurma kholas berwarna coklat terang keemasan dan mirip seperti kurma barhi. Teksturnye empuk dan hanya ada citarasa coffee caramel. Kemanisannya juga di kadar yang sedang.
 5. KURMA KHIDRI
Kurma Khidri berwarna merah maron gelap. Teksturnya lebih kering dan kenyal dan tidak terlalu manis.
6. KURMA MACTOUMI

Kurma mactoumi berwarna sedikit kemerahan. Permukaannya agak berkedut dan kenyal tetapi rasanya manis.
7. KURMA SOKARI
Kurma sokari berwarna kuning kecoklatan. Tekstur kenyal lembut tetapi ada juga jenis yang keras. Ia yang kelihatan sedikit kering dan manis ini paling disukai di Arab Saudi.

8. KURMA SIRAJ
Kurma siraj berwarna coklat kemerahan yang bentuk lonjong. Tekstur lembut dan rasa sedang² manis.
9. KURMA MAJOL
Kurma majol berwarna coklat. Rasanya sangat manis dan kenyal dan mudah merekah. Ia juga mudah didapatkan dengan harga yang tidak terlalu mahal.
10. KURMA MONIEF
Kurma monief berwarna coklat terang, ukurannya tidak begitu besar, rasanya manis sedang dan memiliki tekstur yang lembut.
Haa..ini antara 10 kurma terbaik di dunia okeh.. So, sila dapatkan dipasaran Malaysia kalau ade la.. Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka.. da~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...