Monday, August 22, 2011

Kem UNICnya Ramadhan

Assalamualaikum... Alhamdulillah.. Kem UNICnya Ramadhan dah selesai dengan jayanya.. Yey..Yey.. Pengalaman yang sangat best di bulan Ramadhan.. Tapi cedey cikit sebab wife takde bersama time nih..huhu..




HARI PERTAMA
Alan sampai kat kem dalam jam 10.30 pagi sebab menunggu peserta² yang tiba di KTM Komuter Batu Caves.. Sesampai di sana alan tengok ramai ibubapa yang masih ada, rupa²nya kebanyakan peserta berusia di lingkungan usia 10-15 tahun.. Alhamdulillah.. Adik² kecil ini bersemangat nak berprogram bersama UNIC..

Selesai pendaftaran, bermula sesi pertama, Ice Breaking bersama Fadzli UNIC.. Dalam sesi ini UNIC cuba memberi keselesaan pada peserta² untuk menyesuaikan diri dengan keadaan program.. erm.. Urutan Kasih Sayang... itu antara aktiviti yang dilaksanakan..

Jam 12.30 sesi tamat, kemudian para peserta di berikan bilik penginapan.. Punya la seronok peserta²..

Para peserta kemudian menuju ke Surau untuk mendirikan solat Zohor berjemaah.. Selesai je solat, para peserta turun ke dewan untuk menjalani Bengkel Al-Fatihah bersama Fakhrul UNIC.. Untuk Sesi ini para peserta di ajar macamana untuk membaca Al-Fatihah dengan cara yang betul.. Kesalahan² yang sering dilakukan.. Erm..Sesuatu yang baru bagi para peserta kerana mereka bersungguh² untuk mempelajari ilmu ini..

Selesai sesi ini para peserta mendirikan solat Asar berjemaah dan diminta berkumpul di sungai untuk sesi berikutnyaa... wahh..bukan main semangat lagi para peserta..Mentang² nak turun sungai.. (sama la dengan alan nih..) hoho..

Bukan semata² mandi sungai okeh, tetapi ade ilmu yang diajarkan di tepi sungai ini..nak tau ilmu apa..jeng..jeng..Ikuti Kem UNIC yang berikutnyaa...ahaha..baru leh tau..
yey..yey..mandi sungai..

7.27 p.m Waktu berbuka puasa.. Terima kasih makcik pakcik abg² staff yg sediakn makanan yg superr best untuk berbuka kami..Pali abiskan ayam..huhu

Kami semua solat maghrib berjemaah beramai² dan disusuli dengan tazkirah dari Bazli UNIC.. best cerita tu bai.. Tiba waktu isya', kami berjemaah dan tidak dilupakan menunaikan Subat Terawih yang di imam kan oleh Fakhrul UNIC.. Alhamdulillah..

Best²..lepas terawih ade BBQ dan Mini Show UNIC.. dah tak macam mini show UNIC, faci² dan peserta pun berkaraoke nasyid.. Kegembiraan jelas terpancar di wajah setiap daripada kami semua.. ALlah beri kegembiraan itu..Terima Kasih ALlah.. Ade menu Ayam Bakar!! Sosej!! French Fries!! Bihun Goreng!! Tembikai!!hoho..banyak lagi la.. Adik² peserta alan tengok gembira dengan suasana baru nih..

TIME'S UP!! Kol 12 semua settle.. Titon timee...

HARI KEDUA
Hari kedua ini bermula dengan Qiyamullail seawal jam 4.30 pagi.. Moga ALlah makbulkan doa² kami.. Kemudian para peserta menjamu juadah bersahur..

Jam 7.00 pagi para peserta menjalani sesi Senam Pagi Pak Mat.. Seronok.. =) Jam 8.00 pagi bermula sesi MOtivasi Anak Soleh yang dikendalikan oleh team UNIC Nasyeed Training & Consultants.. Menyentuh tentang tanggungjawab sebagai seorg anak, seorg hamba dan seorg remaja.. Moga terus menjadi panduan buat para peserta yerr..

Part yang tak best la nih..Kem dah nak selesai.. Pertamanya terima kasih TV Al-Hijrah kerana datang untuk cover story kem ini untuk stesen kalian.. Jangan lupa 27 Ogos nih oke.. Tengok di TV Al-Hijrah..

Majlis penutup yang ringkas tapi bermakna, penyampaian DUIT RAYA, beras dan hamper untuk anak² yatim yang menyertai kem ini.. Penyampaian sijil² untuk semua peserta dan persembahan ringkas dari UNIC..

jam 1.00 tengahari semua peserta di bebaskan untuk bersama keluarga dan pulang ke rumah masing²..

Moga akan ada lagi siri² kem seperti ini di masa hadapan.. (berckp untuk diri alan jugak..kertas keje..kertas keje..)

psttt.. : tak rugi join sebab penuh dengan ilmu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...